4 September 2014

PENYEMBUHAN TULANG

Pengenalan

Tulang yang cedera atau patah berpotensi untuk sembuh semula. Ia merupakan tisu yang unik di mana ia mampu untuk tumbuh semula dan membentuk hingga normal atau hampir normal.

Bagaimana tulang sembuh?

Proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat:
  1. Peringkat Pembekuan Darah (Heamatoma)
  2. Peringkat Proliferasi
  3. Peringkat Pembentuaan Kalus
  4. Peringkat Konsolidasi
  5. Peringkat Pembentukan Semula (Remodelling)


Secara ringkas proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat: Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama) Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu) Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu) Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan Pembentukan semula-bertahun.

PERINGKAT  PENYEMBUHAN TULANG

Peringkat 1 : Proses pembentukan darah (hematoma)

Apabila tulang menyerap tekanan melampaui keelastikannya, kepatahan berlaku. Impak ini akan melibatkan sum-sum tulang, periosteum, tisu lembut dan tisu hidup tulang tersebut dan mengganggu saraf serta bekalan darah di kawasan terlibat dan berlakunya nekrosis iskemik pada tempat yang fraktur.
Maka fraktur ini akan meransang sel osteosit yang tertinggal, membuatkan sel tersebut bertindakbalas untuk membentuk sel baru (daughter cell). Proses ini biasanya mengambil masa sehingga 7 hari dari waktu impak.

Point : dalam 24 jam pertama mulai terbentuk darah beku dan fibrin yang masuk ke kawasan kepatahan. Bekalan darah di kawasan itu meningkat, lalu terbentuklah hematoma yang berkembang menjadi jaringan granulasi sehingga hari kelima.


Peringkat 2 : Proses Proliferasi


Pada saat ini terjadi reaksi jaringan fibrous sekitar fraktur sebagai suatu reaksi penyembuhan. Penyembuhan fraktur terjadi karena adanya sel – sel osteogenik yang berproliferasi dari periosteum untuk membentuk kalus eksternal serta pada bahagian endosteum membentuk kalus internal sebagai aktiviti sellular dalam kanal medular. Apabila terjadi trauma kuat pada periosteum, maka penyembuhan sel berasal dari diferansiasi sel – sel mesenkimal yang berdiferensiasi kedalam jaringan fibrous. Pada tahap awal dari penyembuhan fraktur ini terjadi penambahan jumlah dari sel – sel osteogenik yang memberi penyembuhan yang cepat pada jaringan osteogenik yang sifatnya lebih cepat dari tumor. Jaringan selluler tidak terbentuk dari organisasi pembekuan hematoma suatu bahagian fraktur. Setelah beberapa minggu, kalus dari fraktur akan membentuk suatu mass yang meliputi jaringan osteogenik. Pada pemeriksaan radiologist, kalus belum mengandungi tulang sehingga merupakan suatu bahagian radioluscen.
Fasa ini bermula pada minggu ke 2 – 3 setelah terjadinya fraktur dan berakhir pada minggu ke 4 – 8.

Point : dalam waktu sekitar 5 hari , hematoma akan mengalami organisasi. Terbentuk benang-benang fibrin dalam jendalan darah, membentuk jaringan untuk revaskularisasi dan invasi fibroblast dan osteoblast yang akan menhasilkan kolagen dan proteoglikan sebagai matriks kolagen pada patahan tulang. Terbentuk jaringan ikat fibrus dan tulang rawan.

 Peringkat 3 : Proses Pembentukan Kalus

Setelah pembentukan jaringan selluler yang tumbuh dari setiap fragmen sel dasar yang berasal dari osteoblast dan kemudian pada kondroblast membentuk tulang rawan. Tempat osteoblas diduduki oleh matriks interseluler kolagen dan perlekatan polisakarida oleh garam–garam kalsium pembentuk suatu tulang yang imatur. Bentuk tulang ini disebut woven bone. Pada pemeriksaan radiologi, kalus atau woven bone sudah terlihat dan merupakan indikasi radiologi pertama terjadinya bagi penyembuhan fraktur.
Pertumbuhan jaringan berlanjut dan lingkaran tulang rawan tumbuh mencapai sisi lain bahagian fracture. Fragmen kepatahan tulang digabungkan dengan jaringan fibrus, tulang rawan dan tulang serat imatur. Perlu waktu 3-4 minggu untuk frakmen tulang bergabung dalam tulang rawan atau jaringan fibrous.


Peringkat 4 : Proses Konsolidasi

Woven bone akan membentuk kalus primer dan secara perlahan–lahan diubah menjadi tulang yang lebih matang oleh aktiviti osteoblas yang menjadi struktur lamellar dan kelebihan kalus akan di serapbalik secara bertahap.
Fasa 3 dan 4 bermula pada minggu ke 4 – 8 dan berakhir pada minggu ke 8 – 12 setelah terjadinya fraktur.
Point : Pembentukan kalus mulai mengalami penulangan dalam 2-3 minggu patah tulang melalui proses penulangan endokondrial. Mineral terus menerus ditimbun sampai tulang benar-benar bersatu. Proses ini memerlukan waktu 3-4 bulan.



Peringkat 5 : Proses Pembentukan Semula (Remodelling)

Apabila penyatuan telah lengkap, maka tulang yang baru akan membentuk bahagian yang meyerupai bulbus yang meliputi tulang, tetapi tanpa kanalis medularis. Pada fasa remodeling ini perlahan-lahan terjadi resorpsi secara osteoklastik, dan tetapi terjadi osteoblastik pada tulang. Kalus eksterna juga secara perlahan – lahan menghilang. Kalus intermediet berubah menjadi tulang yang compact dan berisi system haversian  dan kalus bahagian dalam akan mengalami peronggaan untuk membentuk sum-sum.
Fasa terakhir ini bermula dari minggu ke 8 – 12 dan berakhir sampai beberapa tahun dari terjadinya fraktur.
Point : Tahap akhir dari perbaikan patah tulang. Dengan aktifinya osteoblas dan osteoclas, kalus mengalami pembentukan tulang sesempurna mungkin.


22 September 2013

MIKROBIOLOGI

Morfologi Asas bakteria dan Patogenesis Fungus

1.  Ciri-ciri asas bakteria
Bakteria diklasifikasikan berdasarkan perbezaaan morfologi, biokimia,
imunologi dan genetic:

  • saiz- 0.1 lebar x 5ìm diameter
  • Membran sel-mengasingkan bahagian dalam daripada bahagian luar [prokariot]
  • Dinding sel-lapisan tegak yang menguatkan sel. Terdapat sel yang mempunyai endospora yang melindungi  sel daripada haba dan kimia
  • Sitoplasma-tempat pengumpulan bahan dan struktur yang kompleks
  • Bahan nukleus[mengandungi bahan genetik DNA]- bakteria tiada nukleus
  • Flagelum dan silium-menentukan kemotilan
  • Bakteria dikelaskan mengikut morfologi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan;
a. Kokus [bulat]
b. Basilus [rod]
c. Spirilum [bergelung]
d. Vibrio [berbentuk koma]






Mengikut pewarnaan Gram bakteria telah dibahagikan kepada :

Gram positif- biru / ungu
Gram negatif- merah / merah muda




Bakteria Gram Positif
-mempunyai dinding sel yang mengandungi bahan protin[peptidoglikan] yang tebal.

Bakteria Gram Negatif
-mengandungi bahan lipid dan sedikit bahan protine,


2. Tumbesaran dan reproduksi bakteria
  • aerobes-bakteria yang memerlukan oksigen
  • anaerobes-bakteria yang hidup tanpa oksigen
  • anaerobes fakultatif-bakteria aerobes yang  berupaya hidup tanpa oksigen
  • untuk menjamin proses pembiakan, bakteria memerlukan nutrien, suhu  dan pH serta konsentrasi ionik yang optima.
  • membiak melalui proses replikasi dengan bahan genetic [DNA]. Manakala  melalui proses konjugasi dan bantuan struktur seks pilus dan plasmid ‘gene transfer’ juga mampu berlaku.

3. Faktor Virulen dan toksin
  • Virulen bermaksud keupayaan mikroorganisma untuk menghasilkan penyakit.
  • Struktur-struktur sel yang mempengaruhi kevirulenan bakteria ialah :
a. Flagela
b. Pili
c. Kapsul
d. Endospora

4. Toksik yang dihasilkan oleh bakteria ialah:

a. Eksotoksin
b. Endotoksin


  • Eksotoksin - dihasilkan oleh kebanyakan bakteria Gram-positif dan negatif.
Contoh : a.neurotoksin dan b. enterotoksin- menyebabkan keracunan Makanan dan diarrea.
  • Endotoksin - bakteria Gram-negatif menghasilkan bahan lipid A apabila lisis dinding sel berlaku.
Contoh: semasa renjatan sepsis dan bakteremia.

9 July 2013

BIPOLAR DISORDER


Kita biasanya merasai pelbagai jenis mood . Perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita . Tetapi dalam penyakit bipolar mood anda boleh meningkat secara tiba tiba ke satu tahap yang terlampau ‘tinggi’ ( mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah (kemurungan ) . Perubahan mood sebegini berulang . Anda akan mengalami mood yang tinggi , rendah dan normal untuk tempoh yang berlainan.

SIMPTOM :

Simptom–simptom yang mungkin berbeza antara individu antaranya termasuk :

MANIA ( ‘tinggi’ ) :

  • Mood terlampau tinggi contohnya terlampau gembira.
  • Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.
  •  Cepat marah.
  • Lebih aktif daripada biasa.
  • Bercakap dengan kuat dan cepat.
  • Fikiran yang berserabut.
  • Sukar fokus ( untuk menumpukan perhatian)
  • Lemah pertimbangan.


KEMURUNGAN :

  •  Murung dan sedih.
  • Rendah diri.
  • Hilang minat terhadap perkara yang biasanya di gemari.
  • Tidak dapat tidur.
  • Hilang selera makan.
  • Sentiasa letih.
  • Tidak dapat menumpukan perhatian.
  • Lemah pertimbangan.
  • Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.

RAWATAN

Rawatan bagi penyakit bipolar secara amnya terdiri daripada beberapa komponen .

UBAT-UBATAN
Sesetengah jenis ubat di gunakan untuk melegakan episode mania atau kemurungan dengan segera , manakala ada yang membantu mengawal symptom pada hari biasa . Terdapat juga ubat-ubatan yang di gunakan untuk jangka panjang demi mencegah episode yang berulang . Ubat ubatan yang biasanya di preskripsikan untuk penyakit bipolar.

Ubat penstabil mood.
Untuk melegakan segera daripada episode mania atau kemurungan akut.
Untuk mencegah episode yang berulang.

Contoh : Lithium , Sodium Volprate , Carbamazepine dan lamotrigine

Ubat anti psikotik.
Untuk merawat symptom-symptom mania .
Lazimnya di gunakan bersama ubat penstabil mood ( mood stabilizer )

Contoh : Haloperidol , Chlorpromazine , quetiapine , olanzapine , resperidone , ziprasidone.

Ubat anti-kemurungan ( anti depressant ).
Untuk merawat symptom symptom kemurungan .
Perlu di gunakan bersama ubat penstabil mood .

Contohnya : Fluoxetine , sertraline , venlafaxine , amitriptyline

Cara cara untuk menangani kesan sampingan ubat :

Kesan sampingan ubat yang biasa termasuklah mulut kering , pening , loya , mengantuk , insomnia , cemas dan kenaikan berat badan . Tetapi ada cara untuk menangani kesan ubatan ini.

  • Hirup air dengan kerap untuk mencegah mulut kering.
  • Bangun perlahan-lahan daripada keadaan duduk untuk mengelakkan kepeningan.
  • Tidur sebentar pada waktu siang jika berasa mengantuk selepas pengambilan ubat.
  • Ambil ubat pada waktu pagi untuk mengatasi insomnia.
  • Jika merasa cemas atau gelisah cuba senaman seperti berjalan secara pantas.
  • Kurangkan pengambilan pencuci mulut dan makanan segera untuk mengelakkan kenaikan berat badan.
  • Penting : Maklumkan kepada doctor tentang semua kesan sampingan yang di alami semasa rawatan . Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doctor .


Terapi Elektrokonvulsif .
Rawatan ini di berikan untuk menghentikan episode mania atau murung dalam kes-kes seperti berikut.

  • Jika ubat tidak berkesan untuk anda.
  • Jika ubat tidak sesuai untuk anda di sebabkan penyakit tertentu atau kehamilan.
  • Jika terdapat delusi ( pendayaan) atau helusinasi ( rayan)

RAWATAN PSIKOSOSIAL

Rawatan psikososial bertindak bersama sama dengan ubat ubatan untuk membantu meningkatkan kestabilan mood anda dan memperbaiki fungsi harian anda . Ia membantu mendidik dan memberi panduan kepada anda serta keluarga anda tentang penyakit ini . Di samping itu ia juga dapat memberi sokongan dan galakan demi mengaharungi cabaran .

JENIS RAWATAN PSIKOSOSIAL

 Pendidikan pesakit
Untuk membantu mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya,

Terapi interpersonal
Untuk membantu  memperbaiki hubungan  dan rhythm social orang di sekitar  dan membentuk rutin harian.

 Terapi kognitif
Untuk mendidik tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku fikiran dan tingkahlaku negatif .

Terapi keluarga
Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras  tekanan di dalam keluarga anda.

Terapi pemulihan
Untuk  memberi latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya bersedia kembali kepada masyarakat.

Kumpulan sokongan
Untuk memberi sokongan dan galakan .

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan diri ?

  • Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani penyakit ini dan mengekalkan kesejahteraan diri.
  • Makan ubat , penuhi janji dengan doktor dan hadiri sesi rawatan psikososial.
  • Kekalkan jadual tidur yang tetap . Tidur sekurang kurangnya 8 jam setiap malam.
  • Kekalkan pola aktiviti yang biasa , jangan terlalu memaksa diri.
  • Periksa mood secara tetap dengan carta mood.
  • Jangan ambil alcohol ,caffeine atau dadah kerana ia mungkin mengganggu tindakan ubat ,tidur atau mood.
  • Berhenti atau kurangkan merokok.
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan.
  • Cuba kurangkan  tekanan kerja dan tekanan di sebabkan konflik interpersonal.
  • Belajar mengenalpasti tanda tanda awal satu episode.
  • Sertai kumpulan sokongan