Kita biasanya merasai pelbagai jenis mood . Perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita . Tetapi dalam penyakit bipolar mood anda boleh meningkat secara tiba tiba ke satu tahap yang terlampau ‘tinggi’ ( mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah (kemurungan ) . Perubahan mood sebegini berulang . Anda akan mengalami mood yang tinggi , rendah dan normal untuk tempoh yang berlainan.
SIMPTOM :
Simptom–simptom yang mungkin berbeza antara individu
antaranya termasuk :
MANIA ( ‘tinggi’ ) :
KEMURUNGAN :
- Mood terlampau tinggi contohnya terlampau gembira.
- Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.
- Cepat marah.
- Lebih aktif daripada biasa.
- Bercakap dengan kuat dan cepat.
- Fikiran yang berserabut.
- Sukar fokus ( untuk menumpukan perhatian)
- Lemah pertimbangan.
KEMURUNGAN :
- Murung dan sedih.
- Rendah diri.
- Hilang minat terhadap perkara yang biasanya di gemari.
- Tidak dapat tidur.
- Hilang selera makan.
- Sentiasa letih.
- Tidak dapat menumpukan perhatian.
- Lemah pertimbangan.
- Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.
RAWATAN
Rawatan bagi penyakit bipolar secara amnya terdiri daripada
beberapa komponen .
UBAT-UBATAN
Sesetengah jenis ubat di gunakan untuk melegakan episode mania atau kemurungan dengan segera , manakala ada yang membantu mengawal symptom pada hari biasa . Terdapat juga ubat-ubatan yang di gunakan untuk jangka panjang demi mencegah episode yang berulang . Ubat ubatan yang biasanya di preskripsikan untuk penyakit bipolar.
Ubat penstabil mood.
Untuk melegakan segera daripada episode mania atau
kemurungan akut.
Untuk mencegah episode yang berulang.
Contoh : Lithium , Sodium Volprate , Carbamazepine dan lamotrigine
Ubat anti psikotik.
Untuk merawat symptom-symptom mania .
Lazimnya di gunakan bersama ubat penstabil mood ( mood
stabilizer )
Contoh : Haloperidol , Chlorpromazine , quetiapine ,
olanzapine , resperidone , ziprasidone.
Ubat anti-kemurungan ( anti depressant ).
Untuk merawat symptom symptom kemurungan .
Perlu di gunakan bersama ubat penstabil mood .
Contohnya : Fluoxetine , sertraline , venlafaxine ,
amitriptyline
Kesan sampingan ubat yang biasa termasuklah mulut kering , pening , loya , mengantuk , insomnia , cemas dan kenaikan berat badan . Tetapi ada cara untuk menangani kesan ubatan ini.
- Hirup air dengan kerap untuk mencegah mulut kering.
- Bangun perlahan-lahan daripada keadaan duduk untuk mengelakkan kepeningan.
- Tidur sebentar pada waktu siang jika berasa mengantuk selepas pengambilan ubat.
- Ambil ubat pada waktu pagi untuk mengatasi insomnia.
- Jika merasa cemas atau gelisah cuba senaman seperti berjalan secara pantas.
- Kurangkan pengambilan pencuci mulut dan makanan segera untuk mengelakkan kenaikan berat badan.
- Penting : Maklumkan kepada doctor tentang semua kesan sampingan yang di alami semasa rawatan . Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doctor .
Terapi
Elektrokonvulsif .
Rawatan ini di berikan untuk menghentikan episode mania atau
murung dalam kes-kes seperti berikut.
- Jika ubat tidak berkesan untuk anda.
- Jika ubat tidak sesuai untuk anda di sebabkan penyakit tertentu atau kehamilan.
- Jika terdapat delusi ( pendayaan) atau helusinasi ( rayan)
RAWATAN PSIKOSOSIAL
Rawatan psikososial bertindak bersama sama dengan ubat
ubatan untuk membantu meningkatkan kestabilan mood anda dan memperbaiki fungsi
harian anda . Ia membantu mendidik dan memberi panduan kepada anda serta
keluarga anda tentang penyakit ini . Di samping itu ia juga dapat memberi
sokongan dan galakan demi mengaharungi cabaran .
JENIS RAWATAN PSIKOSOSIAL
Pendidikan pesakit
Untuk membantu mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya,
Terapi interpersonal
Untuk membantu memperbaiki hubungan dan rhythm social orang di sekitar dan membentuk rutin harian.
Terapi kognitif
Untuk mendidik tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku fikiran dan tingkahlaku negatif .
Terapi keluarga
Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras tekanan di dalam keluarga anda.
Terapi pemulihan
Untuk memberi latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya bersedia kembali kepada masyarakat.
Kumpulan sokongan
Untuk memberi sokongan dan galakan .
Pendidikan pesakit
Untuk membantu mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya,
Terapi interpersonal
Untuk membantu memperbaiki hubungan dan rhythm social orang di sekitar dan membentuk rutin harian.
Terapi kognitif
Untuk mendidik tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku fikiran dan tingkahlaku negatif .
Terapi keluarga
Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras tekanan di dalam keluarga anda.
Terapi pemulihan
Untuk memberi latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya bersedia kembali kepada masyarakat.
Kumpulan sokongan
Untuk memberi sokongan dan galakan .
Apakah yang boleh
anda lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan diri ?
- Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani penyakit ini dan mengekalkan kesejahteraan diri.
- Makan ubat , penuhi janji dengan doktor dan hadiri sesi rawatan psikososial.
- Kekalkan jadual tidur yang tetap . Tidur sekurang kurangnya 8 jam setiap malam.
- Kekalkan pola aktiviti yang biasa , jangan terlalu memaksa diri.
- Periksa mood secara tetap dengan carta mood.
- Jangan ambil alcohol ,caffeine atau dadah kerana ia mungkin mengganggu tindakan ubat ,tidur atau mood.
- Berhenti atau kurangkan merokok.
- Dapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan.
- Cuba kurangkan tekanan kerja dan tekanan di sebabkan konflik interpersonal.
- Belajar mengenalpasti tanda tanda awal satu episode.
- Sertai kumpulan sokongan
Ubat untuk kemurungan yang mana satu ya?? Boleh dapat kan dekat farmasi tak ubat ni?? Ubat ni perlukan surat dari doktor tak??
ReplyDeleteBanyak jenis, sebaiknya ubat diambil di hospital atas arahan doctor . penting gak sebab nak mengelakkan pengambilan ubat yang tidak kena dengan penyakit. Bukan semua dijual di farmasi :)
Delete