Semua orang sayang & gemar menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Tapi tidak semua orang tahu kelebihan memelihara kucing ini. Bagi orang Islam,sudah diketahui umum perihal kucing dalam agama...so, jom kita lihat kelebihan meow2 yang comel ini dari sudut saintifik pula~
1. MENURUNKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR & SERANGAN JANTUNG
Satu kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 & 40 peratus lebih tinggi risiko untuk meninggal dunia akibat penyakit yang membabitkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga sangat rendah.
2. MENINGKATKAN FUNGSI SISTEM IMUN(DAYA TAHAN PENYAKIT)
Hubungan antara pemilik kucing dan kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. MENCEGAH ALAHAN
Jika kita mempunyai bayi,mungkin patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Ini kerana kucing dapat membantu mencegah alahan atau elergi pada anak. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan binatang kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.
4. MEMBANTU MENCEGAH ASMA
Selain mencegah alahan,ada bukti juga menyatakan dapat membantu mengelakkan anak anda berisiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Percayakah anda dengan hanya mengusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah? Menurut kajian yang dilakukan oleh State University Of New York di Buffalo,mereka yang mempunyai haiwan kesayangan memilliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan kesayangan.
6. MENURUNKAN KOLESTROL
Berdasarkan kajian,pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT STROK
Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat strok. Jadi boleh dipertimbangkan untuk membela kucing sekiranya anda prihatin dengan kesihatan anda.
8. MENGURANGKAN STRESS & RASA CEMAS
Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing dapat membantu kita berasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress.(manfaat psikologi)
9. MENJADIKAN MOOD ANDA DALAM KEADAAN 'COOL'
Dalam banyak kes,berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood kita. Ini termasuk kucing.
10. MEMBANTU PESAKIT AUTISME
Mereka dengan Autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dengan cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing berperanan menjadi terapi untuk anak-anak Autisme.
11. MENGURANGKAN KESEPIAN
Hubungan antara pemilik kucing & kucing dapat membantu menghilangkan rasa kesepian. Kucing juga mampu menjadi pendengar yang baik.
No comments:
Post a Comment