9 July 2013

TEORI-TEORI SIGMUND FREUD


TEORI PERKEMBANGAN

1. Tahap pertama ialah oral iaitu bayi yang baru lahir sehingga berumur 1 tahun. 

Pada peringkat ini juga ia dapat kepuasan daripada aktiviti sekitar mulut iaitu menghisap, menelan, mengigit dan mengunyah makanan. Jika pada tahap ini kanak-kanak tidak merasa puas, mereka dianggap gagal dan akan mempengaruhi personaliti.

2, Tahap yang seterusnya ialah anal iaitu kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun

Pada peringkat ini mereka tertumpu kepada proses pembuangan air besar dan air kecil, ia berlaku di sekitar dubur. Personaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh cara ibu bapa melatih mereka. Jika berlakunya paksaan, personaliti kanak-kanak akan menjadi kelam-kabut,tidak berdisiplin serta suka membazir dan ini berlakunya kegagalan.

3. Pada tahap yang ketiga ialah tahap falik iaitu kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun

Pada peringkat ini kanak-kanak akan mula sedar perbezaan jantina daripada orang lain dan mereka juga tahu membezakan peranan lelaki dan perempuan. Pada tahap ini juga mereka akan suka bermain dengan alat jantina. Jika salah dibimbing, kanak-kanak ini akan mengalami kegagalan seperti takut alat kemaluan dipotong untuk kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan iri hati pada alat jantina budak lelaki. Kanak-kanak lelaki suka menarik perhatian ibu mereka dengan mengikut cara ayah dan mudah mengalami konflik Opedipus manakala kanak-kanak perempuan akan mengikut cara ibu mereka untuk menarik perhatian ayah dan mudah mengalami konflik Electra.

4. Tahap yang seterusnya ialah tahap latensi iaitu untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.

Pada tahap ini tahap oral, anal dan falik diintegrasikan. Untuk kanak-kanak lelaki mereka akan beralih punca keseronokan dengan bermain bersama rakan sebaya manakala kanak-kanak perempuan bermain masak-masak, anak patung, kahwin-kahwin. Kanak-kanak lelaki akan cuba menjadi maskulin manakala kanak-kanak perempuan akan menjadi feminim.

5. Akhir sekali ialah genital iaitu individu yang berumur 12 tahun ke atas

Zaman ini individu akan melalui tekanan keterlaluan dan stress. Pada tahap ini, akan lahirnya isu seksual iaitu tertarik dengan berlainan jantina. Mereka yang berjaya mengatasi masalah ini akan menjalani kehidupan normal, mampu bekerja dengan produktif. Remaja juga akan sedia untuk  jadi orang dewasa yang berfungsi dan menjalankan tangunggjawab dengan sempurna. 

TAKRIFAN ID, EGO & SUPEREGO


  • Id



”Id” merupakan bahagian personaliti manusia yang tidak diorganisasikan, mentah dan bersifat neutral di dalam pemikiran seseorang. Ianya merupakan elemen struktur personaliti yang bertapak secara semulajadi, diwarisi dan telah sedia wujud sejak dilahirkan. Kepuasan swadiri secara mendadak(immediate gratification) akibat desakan biologi seperti memenuhi kehendak perasaan lapar, dahaga dan ransangan seks adalah antara gelaja-gejala yang ditangani secara semulajadi oleh ”Id”. Justeru, ”Id” dilihat sebagai sebagai suatu tenaga yang primitif, tidak teratur, tidak rasional serta berorientasikan memenuhi kehendak yang bertunjangkan kepuasan maksima. Malah, sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, ”Id” bolehlah diandaikan sebagai penggerak psikologikal yang tidak perlu dipelajari.

  • Ego



Berbeza dengan ”Id”, ”Ego” tidak wujud secara semulajadi, sebaliknya berkembang secara berperingkat, penuh dengan persepsi, menginginkan kemajuan diri serta berkemampuan menyesuaikan fungsinya mengikut isu dan persekitaran. Elemen ”Ego” mula bertapak dan berkembang melalui proses sosialisasi dan identifikasi diri dengan individu lain serta objek-objek yang wujud di persekitarannya selepas dilahirkan. Ianya juga dilihat sebagai elemen yang berkemampuan membuat keputusan, mengawal perlakuan, memberikan pertimbangan malah berupaya merungkaikan permasalahan dalam kehidupan. Kemampuan ini wujud dan terbentuk melalui pengalaman, proses sosialisasi dan kebolehan memanfaatkan tenaga pemikiran secara realiti. Justeru, ”Ego” disifatkan sebagai kuasa eksekutif dalam struktur personaliti yang beroperasi berlandaskan prinsip realiti dalam kehidupan.. Maka kerananya, ”Ego” sentiasa berusaha mencipta kepuasan dan mengelak kekurangan hidup secara rasional dan boleh diterima oleh masyarakat.

  • Super-Ego



”Super-Ego” merupakan elemen yang mengimbangi dan mengawal konflik antara ”Id” dan ”Ego”. Ianya berkemampuan mengenalpasti nilai-nilai positif dan negatif hasil proses sosialisasi kehidupan individu di dalam institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. ”Super-Ego” juga boleh disifatkan sebagai pemantau yang mengawal gerak geri dan perlakuan individu dalam mempraktikkan amalan dan larangan yang wujud di dalam kehidupan masyarakatnya. Perlakuan yang ideal dan moralistik adalah tunjang yang menjadi matlamat utama kepada peranan elemen ”Super-Ego” di dalam pembentukan personaliti manusia. Kenyataan ini di dasarkan kepada tanggungjawabnya menghalang individu mempraktikkan perlakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai positif, malah juga bertindak memotivasikan individu untuk mempraktikkan nilai-nilai yang boleh diterima oleh masyarakatnya.


  • Rumusan



”Id”, ”Ego” dan ”Super-Ego” merupakan tiga elemen penting yang membentuk struktur personaliti manusia. Ketiga-tiga elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain hingga memberikan impak terhadap perlakuan individu di dalam kehidupannya. Malah, ”Id”, ”Ego” dan ”Super-Ego” juga dilihat berperanan merungkai misteri di sebalik konflik dan kecelaruan pembentukan personaliti dengan mengukur tahap elemen yang menguasai diri seseorang. Pengukuran kepada elemen-elemen ini boleh menyumbang kepada penentuan tanda aras kecenderungan manusia untuk mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan atau kehaiwanan.

TAHAP KESEDARAN


Bagi menerangkan teori psikoanalitik ini, Sigmund Freud telah membahagikan tiga tahap kesedaran di dalam diri seseorang manusia. Tiga tahap tersebut ialah alam sedar, alam pra sedar dan alam tidar sedar. Setiap tahap kesedaran itu mempunyai huraian yang berbeza antara satu sama lain. Bagi menerangkan tahap-tahap kesedaran tersebut, Sigmund Freud telah membuat analogi dengan membuat persamaan terhadap seketul ‘iceberg’ yang besar. Seperti yang kita sedia maklum ‘iceberg’ ini biasanya akan terapung di atas permukaan air. Beliau menerangkan bahawa kedudukan dan tahap pemikiran manusia adalah sama juga seperti struktur iceberg.

Alam sedar merupakan tahap dimana ia merangkumi apa sahaja yang seseorang sedari tentang perkara-perkara tertentu. Alam sedar berkaitan dengan pemikiran, sensasi, perasaan, dan ingatan. Dalam erti kata lain ialah apa-apa yang kita sedang rasakan, ingatkan dan fikirkan pada masa kini. Semua perkara ini adalah perkara yang kita sedari sepenuhnya. Sebagai contohnya kita sedang gembira, marah, sepi, lapar, kenyang, inginkan sesuatu dan sebagainya lagi. Berdasarkan iceberg yang dirujuk oleh Freud itu tadi, peringkat alam sedar adalah di bahagian paling atasiceberg yang timbul.

Alam pra sedar ialah tahap dimana ia mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa kini, tetapi sebenarnya ingatan-ingatan tersebut dapat dan boleh disedari melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula. Misalnya disini, katakanlah kita tidak ingat apa warna baju yang telah kita pakai semalam, tetapi perkara ini sebenarnya kita boleh ketahui dengan mengingat semula, kesannya proses ingatan itu dapat membuatkan diri kita sedar. Alam pra sedar ini berada pada tahap di antara tahap alam sedar dan alam tidak sedar, pada bahagian iceberg ia digambarkan berada di antara bahagian iceberg yang yang timbul dan bahagian iceberg yang tenggelam.

Tahap kesedaran ketiga ialah alam tidak sedar. Tahap ini menurut Freud adalah merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada tahap sedar disebabkan oleh kerana tidak membuatkan seseorang selesa dan membawa kebimbangan, sesuatu perkara boleh menyebabkan perubahan-perubahan yang berlaku  di dalam emosi. Freud juga mengatakan bahawa tahap kesedaran adalah merupakan asas kepada tingkah laku manusia. Tahap alam tidak sedar ini mengandungi kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke alam sedar. Tahap ini digambarkan dengan bahagian iceberg yang terletak dibawah permukaan air. Freud mengatakan bahawa hanya pakar sahaja yang boleh memahami tahap alam tidak sedar seseorang berdasarkan teknik perkaitan bebas (free association).



TEORI KOMPLEKS ELEKTRA & OEDIPUS


[Kompleks Electra] adalah istilah psikoanalisis yang digunakan untuk menggambarkan perasaan romantis seorang gadis terhadap ayahnya dan marah terhadap ibunya. Seperti halnya Electra complex, pada kanak-kanak lelaki juga terjadi Oedipal Complex [kompleks Oedipus].

Menurut Sigmund Freud, perkembangan psikoseksual seorang anak perempuan pada awalnya melekat pada ibunya. Ketika ia menemukan bahwa ia tidak memiliki penis (gejala ini dalam psikologi disebut penis envy), ia menjadi melekat pada ayahnya dan mulai membenci ibunya, yang menganggap ibunya telah melakukan “pengebirian dirinya”. Freud percaya bahwa seorang anak perempuan kemudian mulai mengidentifikasi dan meniru ibunya karena takut kehilangan cinta ayahnya.

Istilah Electra Kompleks memang sering dikaitkan dengan Freud, namun sebenarnya Carl Jung telah menciptakan istilah ini pada tahun 1913. Freud sendiri menolak istilah tersebut, karena menggambarkan penyederhanaan upaya untuk memahami analogi antara sikap dari dua jenis kelamin. Freud sendiri menggunakan istilah Oedipus sebagai sebuah sikap feminin untuk menggambarkan apa yang sekarang kita sebut sebagai Electra complex [Kompleks Electra].

Sedangkan Oedipal Complex [kompleks Oedipus] merupakan suatu istilah yang digunakan oleh Freud dalam teorinya tentang tahap perkembangan psikoseksual untuk menggambarkan perasaan seorang kanak-kanak lelaki yang mencintai untuk ibunya, disertai rasa cemburu dan kemarahan terhadap ayahnya. Menurut Freud, kanak-kanak lelaki itu ingin memiliki ibunya dan menggantikan ayahnya. Oleh anaknya, sang ayah dilihat sebagai pesaing untuk mendapatkan kasih sayang ibunya. Oedipal Complex terinspirasi dari karakter di Sophocles [cerita kuno yunani] dimana ‘Oedipus Rex yang secara tidak sengaja membunuh ayahnya dan menikahi ibunya’.


No comments:

Post a Comment